Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 2 Mei 2016

Aset APMM bantu padam kebakaran hutan di Besut

BESUT: Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digunakan untuk memadam kebakaran hutan di Gong Kedak berhampiran Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysa (TUDM), di sini hari ini.

Menurut juruterbang pesawat APMM, Lt Kdr (M) Mazlan Ariffin, operasi pemadaman menggunakan pesawat Bombardier CL415 mula digerakkan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Katanya operasi yang melibatkan empat petugas itu menggunakan teknik 'water bombing' dengan mengambil air dari Sungai Semerak bagi memadam kira-kira 20 kilometer persegi kawasan yang terjejas.

"Sejurus menerima panggilan dari stesen udara Maritim Subang kira-kira pukul 3.30 petang semalam, sebuah pesawat bersama empat petugas ditugaskan dalam misi berkenaan dan memulakan operasi kira-kira pukul 5.30 petang.

"Pemadaman telah dilaksanakan lebih kurang 20 km persegi dengan melakukan 10 kali water bombing. Sebanyak 6,000 liter air dilepaskan setiap kali bombing sebelum operasi dihentikan kira-kira 6.30 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya operasi itu disambung kembali pada pukul 9.30 pagi tadi dengan membabitkan keluasan kira-kira 10 km persegi, sebelum ia berakhir pukul 2.06 petang tadi.

"Sepanjang operasi hari ini, sebanyak 144,000 liter air melibatkan 24 bombing telah dilakukan bagi memadamkan keseluruhan kebakaran," katanya.

Sumber: Bernama | 2 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan