KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta api ekspres bagi Aliran Pantai Timur (East Coast Line) yang dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) akan mula beroperasi sepenuhnya mulai 19 Mei ini.
Ia melibatkan perkhidmatan kereta api ekspres dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor dan sebaliknya.
Tren No. 26 Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat dijadualkan berlepas pada jam 19:00 dari Stesen Kereta Api JB Sentral dan dijadualkan tiba di Stesen Kereta Api Tumpat pada jam 12:15 pada keesokan harinya, manakala Tren No. 27 dari Tumpat ke Johor Bahru dijadualkan berlepas pada jam 19:30 dan dijadualkan tiba di bandar raya Johor Bahru pada 11:50 pada keesokan harinya.
Tiket-tiket telah mula dijual mulai 5 Mei di semua stesen kereta api milik KTM Berhad. Pembelian tiket juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTM Berhad, iaitu www.ktmb.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 yang beroperasi setiap hari dari jam 07:00 sehingga 22:00 atau e-mel kepada callcenter@ktmb.com.my atau layari laman sesawang rasmi KTM Berhad.
Sumber: KBBRI | www.kbbri.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan