KOTA BHARU: Peserta dari Peranchis dan Thailand adalah antara 22 peserta dari dalam dan luar negara yang akan menyertai Kejohanan Antarabangsa Muay Thai di Pasir Mas, dekat sini, selama dua hari mulai Jumaat ini.
Timbalan Presiden Persatuan Sukan Boksing Kelantan Razilman Yunus berkata kejohanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias, Pasir Mas itu juga akan menjadi gelanggang untuk mencungkil bakat baharu di negeri ini.
"Persatuan yakin dengan penganjuran kejohanan seperti ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi bakat daripada golongan muda di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Razilman berkata persatuannya juga sedang berusaha menjadikan sukan Muay Thai diminati golongan muda selepas bola sepak.
Beliau berkata kejohanan anjuran persatuannya itu menawarkan hadiah RM3,000 kepada pemenang selain tali pinggang kejuaraan bagi kategori peninju tempatan terbaik dan peninju terbuka terbaik.
Sumber: Bernama | 18 Mei 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan