Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 3 Mei 2016

Bas Cityliner di Kelantan kembali beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas henti-henti City­liner di 19 laluan di Kelantan dijangka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok (3 Mei) selepas Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tan Sri Dr. Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, bersetuju menyuntik peruntukan peribadi berjumlah RM500,000.

Selain itu, keputusan untuk meneruskan operasi tersebut juga dibuat selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan akan berusaha mendapatkan semula da­na bantuan kepada KTB selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan se­malam.

Pengurus Besar di Pejabat Pengerusi KTB, Basri Baharom berkata, pihaknya memang cuba melakukan yang terbaik untuk masyarakat tetapi tanpa bantuan daripada kerajaan, tidak mudah untuk mana-mana syarikat menjalankan operasi pengangkut­an awam.

“Bagi menjalankan semula operasi per­khid­matan bas itu, Pengerusi KTB bersetuju mengeluarkan peruntukan peribadi berjumlah RM500,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

KTB semalam mengumumkan pemberhentikan perkhidmatan bas itu di 19 laluan di Kelantan berikutan syarikat berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi kerana tidak lagi menerima dana daripada kerajaan.

Mengulas mengenai langkah pemberhentian operasi yang drastik itu, Basri berkata, keputusan berkenaan walaupun menyusahkan sesetengah pihak terpaksa dibuat ekoran ketiadaan penum­pang kecuali hanya pada waktu puncak.

Menurutnya, bas hanya penuh de­ngan penumpang antara pukul 6 pagi hingga 9 pagi dan juga 5 petang hingga 8 malam, manakala selain tempoh itu, terdapat seorang dua sahaja penum­pang yang menggunakan per­khid­matan tersebut.

Keadaan itu jelasnya menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian seba­nyak RM4.5 juta sebulan sejak awal tahun ini bagi menampung kos minyak, kos penyelenggaraan, pembelian barang ganti dan gaji pemandu.

“Sebelum ini KTB mampu menjalankan operasi seperti biasa ke­rana me­nerima Dana Soko­ngan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) daripada SPAD sejak 2012. Malangnya, dana itu dihentikan pa­da 31 Di­sember tahun lalu dan menyebabkan syarikat terpaksa menanggung dua kos (tetap dan berubah).

“Kita memahami tindakan menghentikan operasi di beberapa laluan itu memang akan menjejaskan aktiviti harian beberapa penumpang khususnya warga emas, tetapi kami juga perlu memikirkan kos dan kerugian yang sedang ditanggung,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 2 Mei 2016 | Terbitan 3 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan