Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 5 Mei 2016

Lelaki maut dilanggar kereta api di Temangan, Machang

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas digilis dan diseret kereta api penumpang sejauh kira-kira 100 meter di Kampung Belukar Panjang Temangan, Machang hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Dzulkifli Abd Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mayat mangsa, Mohd Fadli Mahussain, 29, ditemukan berkecai di landasan berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta api terbabit yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong, Kuala Krai memberitahu terlanggar mangsa yang dipercayai sedang tidur di atas landasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari Khamis.

Dzulkifli berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes itu masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama | 5 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan