KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) akan menyambung semula operasi tren Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru, Johor ke Tumpat, Kelantan mulai 19 Mei ini.
Setakat ini, perkhidmatan tren ekspres ini hanya beroperasi setakat Gua Musang, Kelantan sahaja. Ia merupakan satu lagi berita baik bagi penduduk kedua-dua buah bandar raya, iaitu Johor Bahru dan Kota Bharu yang bergantung kepada perkhidmatan kereta api.
Tren No. 26 Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat dijadualkan berlepas pada jam 19:00 dari Stesen Kereta Api JB Sentral dan dijadualkan tiba di Stesen Kereta Api Tumpat pada jam 12:15 pada keesokan harinya, manakala Tren No. 27 dari Tumpat ke Johor Bahru dijadualkan berlepas pada jam 19:30 dan dijadualkan tiba di bandar raya Johor Bahru pada 11:50 pada keesokan harinya.
Penumpang dari bandar raya Johor Bahru yang ingin ke Kota Bharu bolelah turun di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu yang terletak kira-kira lima (5) kilometer dari pusat bandar raya Kota Bharu.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.ktmb.com.my.
Sumber: KBBRI | www.kbbri.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan