KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneroka penggunaan teknologi telaga tiub bagi memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering berlaku pada musim kemarau.
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penggunaan telaga tiub adalah satu daripada alternatif selain bekalan air sungai bagi memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut.
"Pembinaannya perlu dirancang dengan rapi dan memerlukan kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains bagi menentukan kawasan strategik kerana kos bagi setiap satunya agak mahal iaitu kira-kira RM100,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran 2016 yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman di sini, Rabu.
Wan Mohd Nor berkata kebakaran hutan adalah fenomena tahunan terutama apabila berlaku kemarau berpanjangan melebihi tempoh sebulan.
"Dalam hal ini kita lihat sekiranya ada telaga tiub maka kita boleh membuat kerja pemadaman api dengan baik dan JBPM akan melakukan perbincangan lanjut dengan Jabatan Mineral dan Geosains untuk menjadikan telaga tiub sebagai agen pemadaman api yang sesuai," katanya.
Selain itu, katanya sistem keselamatan kebakaran amat penting untuk menghalang kebakaran daripada merebak.
Katanya penggunaan pintu rintangan api contohnya mampu menjadi penghalang utama kebakaran merebak dari satu bilik ke bilik lain.

Sumber: Bernama | 1 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan