PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan 23 nelayan Vietnam kerana disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara, Khamis lepas.
Jurucakap APMM Wilayah Timur Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kesemua suspek berusia antara 19 dan 49 tahun itu ditahan pada 4.20 petang, kira-kira 110 batu nautika dari perairan negara di Kelantan.
"Ketika ditahan, bot itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran Kapal KM Jujur yang dipimpin Leftenan Komander Maritim Elmi Shafik Mad Sariff bersama 22 anggota yang membuat rondaan di bawah Operasi Perkasa Timur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua nelayan itu dibawa ke Pejabat APMM Tok Bali manakala bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut disita dan ditempatkan di Pusat Tahanan Vesel APMM Tok Bali untuk siasatan lanjut.
Nurul Hizam berkata kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.
Sumber: Bernama | 18 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan