KOTA BHARU: Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas sebuah van dan mercun yang kesemuanya bernilai RM34,000 dalam serbuan di Kampung Banggol Kong, Pasir Mas, dekat sini malam tadi.
Komandernya Mohd Asri Yahya berkata pihaknya menemui van jenis Ford Econovan berwarna putih ditinggalkan di kawasan semak ketika serbuan dilakukan.
"Hasil pemeriksaan terhadap van tersebut, kami dapati terdapat 29 kotak mengandungi mercun pelbagai jenis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Aksem di sini, hari ini.
Mohd Asri berkata selepas setengah jam menunggu dan tiada individu yang datang menuntut atau mengaku pemilik barangan itu, kenderaan dan mercun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Aksem untuk tindakan lanjut.
Difahamkan mercun itu berasal dari Thailand dan akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Aidilfitri akan datang.
Beliau berkata rampasan berkenaan dibuat sejam setelah Op Pacak bersepadu yang dikendalikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berakhir semalam.
"Ini adalah kes pertama selepas Op Pacak selesai dan ia menunjukkan sindiket ini hanya menunggu peluang menyeludup barang larangan tersebut," katanya.
Beliau berkata barangan yang dirampas itu akan diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan.
Mohd Asri berkata Aksem Kelantan akan meningkatkan lagi pemantauan memandangkan Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi, selain sentiasa bekerjasama dengan orang awam bagi menumpaskan aktiviti penyeludupan haram.
Pada 15 Mei lepas, JKDM melancarkan Op Pacak selama 15 hari yang memberi tumpuan terhadap kawasan 'panas' aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Sumber: Bernama | 1 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan