Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 15 Jun 2016

Dr. Vida lupakan hasrat mahu beli Rayani Air

Dr. Vida mengambil keputusan melupakan hasrat membeli saham atau mengambil alih syarikat penerbangan berkonsep patuh syariah, Rayani Air.
KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida mengambil keputusan melupakan hasrat membeli saham atau mengambil alih syarikat penerbangan berkonsep patuh syariah, Raya­ni Air.

Ini kerana kata­nya, Rayani Air terlalu dibebani de­ngan pelbagai ma­salah kewangan yang belum tentu akan menjanjikan keuntungan kepada beliau sebagai pelabur.

“Saya ada minta pakar untuk membuat penyelidikan terhadap kedudukan Rayani Air dan mendapati syarikat ini memerlukan pelabur baharu yang benar-benar kukuh dan modal sangat besar untuk menyelamatkannya.

“Justeru, saya mengambil ke­pu­­tusan menarik diri daripada membeli sa­ham dan mengambil alih syarikat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasmiza yang juga pemilik Vida Beauty mengulas me­ngenai hasrat dan minat beliau sebelum ini untuk membeli saham Rayani Air dan menyifatkan satu kerugian besar jika syarikat penerba­ngan itu ditutup.

Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air telah dibatalkan berkuat kuasa semalam berikutan perlanggaran syarat-syarat lesen penerbangan dan tidak mempunyai keupayaan kewa­ngan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Hasmiza berkata, sebagai ahli perniagaan, beliau ingin mengembangkan perniagaan dan pelaburan dalam pel­bagai bentuk termasuk pengangkutan.

“Saya memang berminat untuk berkecimpung dalam industri pengangkutan termasuk penerbangan, lebih-lebih lagi berkonsepkan patuh syariah.

“Tetapi biarlah bermula sebagai rakan kongsi niaga berban­ding pemilik tunggal,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 14 Jun 2016 | Terbitan 15 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan