Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 7 Jun 2016

Peniaga bazar Ramadan Kubang Kerian bantah tindakan MPKB pindah tapak

KOTA BHARU: Sebahagian daripada 400 peniaga bazar Kubang Kerian di sini membantah tindakan Majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB) memindahkan tapak bazar Ramadan mereka ke tempat lain.

Rata-rata peniaga yang ditemui berkata tempat baharu itu kira-kira satu kilometer dari kawasan sedia ada, mempunyai beberapa masalah seperti ketiadaan tempat letak kereta.

Kawasan berkenaan juga mudah berdebu kerana tapak baharu itu belum diturap, sekaligus mengurangkan jumlah pelanggan terutama ketika cuaca panas.

Wakil kumpulan peniaga Che Hussien Mat Mawi, 55, berkata MPKB tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berbincang dengan peniaga terlebih dahulu.

"Kami mahu penjelasan daripada MPKB. Sejak 10 tahun lepas, kami telah menjalankan perniagaan di sini apabila Ramadan menjelang tiba," katanya kepada pemberita.

Sumber: Bernama | 6 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan