Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 20 Jun 2016

RM287j bina rumah, bantu mangsa bah kuning di Kelantan


KUALA KRAI: Kerajaan Pusat membelanjakan RM287 juta bagi membantu membina Rumah Kekal Baharu (RKB) dan menyediakan pelbagai keperluan lain kepada mangsa bah kuning di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaaan juga buat pertama kalinya telah mengubah dasar dalam soal pembinaan rumah dan pembelian tanah untuk tujuan tersebut.

“Kita ubah dasar bukan sekali tetapi dua kali. Dasar pertama ki­ta buat rumah (RKB) bernilai RM65,000. Kali pertama kita bina rumah mangsa banjir dengan nilai yang cukup tinggi. Kalau dinilai secara keseluruhannya, sebuah rumah dengan tapak tanah untuk mangsa banjir berjumlah RM200,000.

“Dasar kedua yang diubah apabila kita terpaksa membeli tanah untuk pembinaan rumah ekoran masalah tanah di negeri ini.

“Inilah kerajaan BN (Barisan Nasional) begitu prihatin dengan rakyat. Kalau orang kata kerajaan menganaktirikan Kelantan, itu tidak benar dan berasas,” katanya ketika berucap sempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perda­gangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri menyerahkan kunci rumah kekal kepada 31 mangsa dari daerah ini yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar pada akhir tahun 2014.

Rumah bernilai RM65,000 seunit itu dibina secara berkelompok di kawasan berkenaan dan dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan asas.

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Kerajaan Pusat telah dipertanggungjawabkan untuk membina 1,141 RKB di mana 844 buah daripadanya telah siap, 243 dalam proses pembinaan manakala 54 unit lagi akan dibina.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 19 Jun 2016 | Terbitan 20 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan