PPR Gua Musang, Gua Musang, Kelantan. |
GUA MUSANG: Sebanyak 1,000 keluarga di jajahan Gua Musang menerima kunci rumah masing-masing di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) hari ini.
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata rumah PPR berkenaan diberi kepada mangsa banjir, golongan kurang berkemampuan yang tersenarai di bawah program e-Kasih dan penghuni setinggan di pinggar bandar lama Gua Musang.
"Projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM150 juta dan penghuni hanya perlu bayar pinjaman perumahan berjumlah RM35,000 dengan bayaran RM100 sebulan.
"Bagi mangsa banjir dan golongan kurang berkemampuan pula, rumah berkenaan diberi percuma kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci itu di Dewan PPR di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata penghuni rumah PPR berkenaan juga tidak dibenar menjual atau menyewakan rumah mereka untuk mencari keuntungan mudah.
Katanya pihaknya telah mengarahkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk memantau perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah yang berbuat demikian.

Sumber: Bernama | 2 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan