Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 20 Jun 2016

Perdana Menteri serah kunci rumah kekal di Kuala Krai


Najib Tun Razak menyampaikan kunci rumah kekal kepada salah seorang penerima di Kampung Staponal, Batu Jong, Kuala Krai hari ini.
KUALA KRAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan kunci rumah kekal kepada 31 mangsa banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di sini.

Kesemua penerima tersebut adalah penduduk di daerah ini yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dilanda bah kuning pada penghujung tahun 2014.

Rumah bernilai RM65,00 sebuah itu dibina secara berkelompak di atas tanah tersebut dan dilengkapi dengan infrastruktur asas.

Selepas banjir besar itu, Kerajaan Pusat dipertanggungjawabkan untuk membina 1,141 buah rumah di mana 845 buah daripadanya telah siap, 243 dalam pembinaan manakala 54 buah lagi akan dibina.

Kesemua rumah tersebut dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan kerana Kerajaan Pusat menghadapi masalah tanah untuk diselesaikan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kerja Raya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. 

Sumber: Utusan Online | Nasional | 19 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan