BACHOK: Seramai 60,000 orang rakyat miskin yang sebahagian besarnya tinggal di kawasan pedalaman negeri ini, mendapat bekalan elektrik secara percuma setiap bulan.
Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Ir Md Yuslan Md Yusof berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM620,000 sebulan untuk membiayai subsidi tersebut iaitu kepada mereka yang menggunakan bekalan tidak melebihi RM20 sebulan.
"Mereka terdiri daripada golongan petani dan penoreh getah di Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan replika kunci rumah kepada Faridah Yusof, 56, oleh Timbalan Ketua Jajahan Bachok, Megat Adnan Megat Mohamad di Kampung Repek Hujung di sini, hari ini.
Md Yuslan berkata mereka menggunakan bekalan elektrik secara berhemah iaitu satu hingga dua plug dan tiga hingga empat lampu tanpa mesin basuh dan peralatan lain yang memerlukan tenaga elektrik yang tinggi.
Katanya Kelantan adalah antara negeri yang mendapat peruntukan terbesar di bawah subsidi itu berbanding negeri lain.
Mengenai sumbangan rumah di bawah Program Baiti Jannati, beliau berkata pihaknya sedang membina empat unit rumah kepada golongan miskin di negeri ini yang akan disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
"Ini untuk membolehkan pemilik yang terpilih dapat menduduki dan menyambut hari lebaran itu dalam keadaan lebih selesa sama dengan masyarakat lain," katanya.
Beliau berkata rumah berkenaan dibina di Kuala Krai, Gua Musang, Kota Baharu dan Bachok, melibatkan peruntukan kira-kira RM50,000 seunit, di bawah dana wang zakat perniagaan TNB.
Sementara itu, Faridah ketika ditemui pada majlis berkenaan berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh sebuah rumah baharu yang lengkap dengan kemudahan asas.
Faridah, ibu tunggal yang menghidap penyakit kencing manis, berkata selama ini beliau hanya mampu menyewa sebuah rumah lama yang uzur di sini dengan kadar RM50 sebulan kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih selesa.
"Syukur tidak lama lagi saya akan dapat menduduki rumah baharu ini bersama tiga orang anak dalam keadaan yang jauh lebih selesa," katanya.

Sumber: Bernama | 16 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan