GUA MUSANG: Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) akan menyumbangkan pakaian kepada 1,800 warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim dari seluruh negara sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Pengerusinya, Mohd Noor Mohd Amin berkata pemberian sumbangan itu akan bermula di zon pantai timur dan Gua Musang menjadi tuan rumah sebelum bergerak ke zon utara dan selatan dalam masa terdekat.
"Kemuncak penyampaian sumbangan itu akan diadakan di Hulu Langat, Selangor menjelang Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan pakaian itu di KKR1M di sini Khamis.
Seramai 60 warga miskin, ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan pakaian KKR1M itu yang buat julung kali diadakan di Kelantan.
Sumber: Bernama | 9 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan