Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 4 Jun 2016

RUU Mahkamah Syariah: Jangan terpengaruh dengan DAP - Asyraf Wajdi

KOTA BHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara," katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa rang undang-undang berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama | 3 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan