KOTA BHARU: Penarik beca, penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di hadapan Hotel Grand Riverview di Jalan Post Office Lama di sini, dihulurkan sebungkus bubur kacang sempena hari pertama Ramadan.
Hotel berkenaan mengagihkan sebanyak 1,000 bungkus bubur campuran kacang hijau dan merah kepada orang ramai hari ini.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Raja Rusmin Raja Mahmud, sebanyak 30 kilogram kacang merah dan 30 kilogram kacang hijau digunakan untuk memasak bubur itu.
"Bubur berkenaan mula dimasak pada pukul 9 pagi dan diagihkan kepada orang ramai pada pukul 3 petang. Ia merupakan acara tahunan kami apabila tibanya Ramadan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Sumber: Bernama | 6 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan