Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 5 Jun 2016

Sambut baik jika RUU Mahkamah Syariah diterima - Mufti Perak

IPOH: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyambut baik sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, diterima oleh Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Harussani meminta agar penganut bukan Islam menghormati dan tidak masuk campur dalam hal berhubung rang undang-undang berkenaan.

"Bagus kalau rang undang-undang ini diterima. Rang undang-undang ini tidak melibatkan penganut (agama) lain, oleh itu mereka tidak boleh mempersoalkannya.

"Jangan masuk campur berkenaan dengan orang Islam itu, kata Haji Hadi (Presiden PAS), betul apa yang dia kata. Sebab kita tidak pernah masuk campur dengan sebarang agama (lain)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Radio Nurul Quran Nusantara di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, di sini hari Ahad.

Beliau mengulas ketidakpuashatian beberapa pemimpin bukan Islam termasuk parti komponen Barisan Nasional sendiri.

RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Anggota Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, pada 26 Mei lepas.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Sumber: Bernama | 5 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan