Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 13 Jun 2016

Kadar zakat fitrah di Kelantan kekal RM7

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan tahun ini kekal sebanyak RM7.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata seramai 628 amil telah dilantik untuk memungut zakat fitrah iaitu terdiri daripada imam masjid, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan pusat tahanan.

"Dijangkakan kutipan zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM8.2 juta berbanding RM8.1 juta pada tahun lepas (2015)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Mohd Azlan berkata bagi kutipan zakat harta, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM161.8 juta pada tahun ini berbanding RM153.7 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata umat Islam boleh membayar zakat di pejabat Maik, institusi perbankan yang dilantik, kaunter mini pungutan zakat di masjid daerah seluruh negeri, kaunter pungutan zakat di pusat beli-belah dan perkhidmatan Van Zakat Bergerak Maik.

Sumber: Bernama | 13 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan