Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 1 Jun 2016

RUU persendirian tiada kaitan dengan hudud, tegas Dewan Ulama PAS

PASIR PUTEH: Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) tidak ada kaitan dengan hudud, sebaliknya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

"Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-55 di sini malam ini.

Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.

Usul RUU persendirian itu dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.

Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Sumber: Bernama | 31 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan