KOTA BHARU: Pihak berkuasa kesihatan di Kelantan merampas 106 ubat tidak berdaftar dan 20 produk kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM263,881 dalam operasi khas di empat jajahan di negeri ini minggu lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata operasi khas itu dijalankan sepasukan 30 penguatkuasa farmasi jabatan itu di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai dan Kota Baharu selama tiga hari bermula 30 Mei.
"Selain itu, kami juga meneliti dan membuat penyaringan di laman sesawang yang memfokuskan kepada pengiklan dan pemilik ubat yang dijual di Kelantan," kata pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kelantan di Taman Maktab, Pengkalan Chepa di sini, Khamis.
Beliau berkata hasil pemantauan di laman sesawang, mereka turut menemui 33 laman sosial Facebook dan aplikasi Instagram yang melakukan kesalahan di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 iaitu mengiklankan tanpa kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.
Ahmad Razin menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan memastikan produk yang dibeli mempunyai label keselamatan jenis 'hologram meditag'.
Sumber: Bernama | 9 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan