KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 tiket kereta api khas hari raya ke Pantai Timur iaitu laluan Tumpat-Kuala Lumpur-Tumpat akan dijual kepada orang ramai mulai Selasa ini.
Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antarabandar, Mohd Noordin Kimi berkata kereta api yang dijenamakan semula sebagai "Eastern Holiday Train" (Tren Percutian Timuran) akan beroperasi dari 23 Jun hingga 11 Julai.
"Tren khas ini sebenarnya dirancang beroperasi pada hujung minggu bagi mempromosikan sektor pelancongan di Kelantan dan Pahang.
Sumber: Bernama | 12 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan