KUALA LUMPUR: Suasana di Pintu B, stesen KL Sentral di sini sesak apabila dibanjiri warga kota yang beratur sejak awal pagi ini bagi mendapatkan tiket kereta api percuma Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Sebanyak 1,000 keping tiket itu diedar oleh KTMB sempena Hari Raya Aidifitri dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.
Presiden KTMB Lt Kol (B) Datuk Sarbini Tijan berkata tiket percuma itu adalah untuk perjalanan 3 dan 4 Julai depan melibatkan kesemua destinasi di seluruh negara dari Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama | 12 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan