Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 19 Jun 2016

PM Najib adakan lawatan kerja sehari ke Kelantan

KUALA KRAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, hari Ahad untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan.

Sejurus tiba pada 3.45 petang, perdana menteri menghadiri majlis penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Kampung Staponal, Batu Jong di sini.

Beliau diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman.

Najib kemudian dijadual melawat tapak hospital baharu Kuala Krai di Kampung Pahi di sini.

Selepas itu, beliau dijadual menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan berbuka puasa serta menunaikan solat Tarawih di Kompleks UMNO Uthmaniyah di Pasir Puteh.

Sumber: Bernama | 19 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan