Mahasan Mustapa berbual mesra dengan anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan di JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. |
KOTA BHARU: Dianggarkan lebih tiga juta kenderaan akan memasuki negeri ini menjelang Aidilfitri tidak lama lagi terutamanya melalui dua pintu masuk iaitu Gua Musang dan Jeli.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mahasan Mustapa berkata, kenderaan dijangka membanjiri Kelantan bermula Jumaat ini.
Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya akan meningkatkan kawalan di beberapa lokasi strategik bagi memastikan perjalanan dan trafik lancar terutama di jalan-jalan utama.
“Sempena Aidilfitri kali ini JPJ melancarkan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 yang bermula dari 29 Jun hingga 13 Julai ini.
“Sebanyak 264 anggota akan terlibat dalam operasi kali ini dan mereka akan bertugas 24 jam sehari kecuali pada hari pertama dan kedua bagi memastikan kelancaran trafik di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di Ibu Pejabat JPJ Kelantan di Panji, di sini, semalam.
Dalam majlis tersebut, seramai 20 orang anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan menerima sumbangan wang tunai dan makanan daripada jabatan tersebut.
Mahasan berkata, operasi kali ini merangkumi tujuh strategi, antaranya adalah pemeriksaan di depot, pemeriksaan bas ekspres dan pemandu di terminal bas serta penyamaran bergambar.
“Selain itu, kita juga akan mengadakan pemeriksaan ke atas motosikal selain melakukan rondaan di jalan-jalan utama di negeri ini.
“Ops Hari Raya Aidilfitri akan turut melibatkan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR), polis serta anggota Rela,” katanya.
Tambah beliau, JPJ juga telah memaklukan kepada pengusaha-pengusaha bas mengenai operasi tersebut dan berharap mereka dapat memberi kerjasama yang baik.
“Saya berharap pengguna jalan raya mengikut segala peraturan dan memandu dengan berhemah,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 28 Jun 2016 | Terbitan 29 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan