KUALA LUMPUR: Para penggemar haiwan disaran mengambil sekurang-kurangnya seekor makhluk Allah itu yang ditempatkan di pelbagai tempat perlindungan sebagai anak angkat mereka bagi membantu mengurangkan jumlah haiwan terbiar.
Ketua pegawai eksekutif Fairs & Events Management Sdn Bhd (FEMSB) Jonathan Kan berkata mereka boleh berbuat demikian, terutama melalui kios pengambilan haiwan kesayangan sebagai anak angkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pameran Pet World Malaysia 2016.
Katanya, pengambilan haiwan sebagai anak angkat melalui inisiatif itu melibatkan bayaran minimum RM50, bergantung pada jenis haiwan yang dipilih.
Sumber: Bernama | 12 Jun 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan