Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 19 Jun 2016

Raja Permaisuri Agong sampai bantuan Aidilfitri

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kanan) menyentuh mesra semasa berkenan menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada 350 anak-anak yatim dan miskin anjuran Yayasan Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH), hari ini.
ALOR SETAR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 350 anak yatim pada majlis anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di sini.

Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim berkata anak yatim berkenaan dipilih dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena.

Katanya acara berkenaan akan diteruskan setiap tahun walaupun penggal pemerintahan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bakal berakhir Disember ini.

"YAYSH akan meneruskan usaha murni ini dengan membantu anak-anak yatim setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan bantuan Raya. 

Beliau berkata ini merupakan program tahunan YAYSH bagi membantu golongan tidak bernasib baik untuk menyambut Aidilfitri selain menyuntik semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pada majlis berkenaan, Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian hari raya, bungkusan buah kurma, hamper dan duit raya serta berkenan berbuka puasa bersama-sama anak yatim berkenaan.

Sumber: Bernama | 18 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan