Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 19 Jun 2016

Tengku Muhammad Fa-iz Petra arah bantu sekolah pondok terbakar

Nik Azlan (tiga, kanan) menyerahkan replika cek kepada Ahmad Shahrozi. 
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) menyalurkan bantuan RM50,000 kepada Pondok Pasir Tumboh yang terbakar semalam.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Abd Hadi berkata, sumbangan berkenaan adalah untuk binaan kekal bagi menggantikan bangunan terbakar.

"Maik menerima arahan daripada Yang Dipertua Maik, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra untuk menyampaikan sumbangan kecemasan kepada pengurusan pondok.

"Selepas ini Maik akan memberi bantuan susulan terhadap 25 pelajar kekal dan 45 lagi pelajar sementara yang belajar sepanjang Ramadan. Jumlah bantuan selepas ini bergantung kepada nilai kerugian," katanya selepas melawat tapak kebakaran di Pondok Pasir Tumboh, di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Setiausaha pondok, Ahmad Shahrozi Abdullah.

Nik Azlan berkata, sumbangan tersebut adalah selaras dengan penubuhan Maik untuk membantu golongan lapan asnaf, termasuk mereka yang ditimpa bencana kebakaran, tambahan pula mereka pelajar pondok.

Sementara itu, Ahmad Shahrozi berkata, bangunan yang terbakar diwakafkan oleh Allahyarham (Tuan Guru) Hashim Abu Bakar.

Mengikut rekod, kejadian kebakaran sudah berlaku di Pondok Pasir Tumboh sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2010 dan semalam.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 18 Jun 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan