Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 22 Oktober 2017

40 pemandu GrabCar serah memorandum kepada MAHB di LTSIP

Sebahagian daripada pemandu perkhidmatan GrabCar di negeri ini mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli Persatuan Pemandu Teksi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) hari ini.
KOTA BHARU: Kira-kira 40 pemandu perkhidmatan GrabCar di negeri ini berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan selepas pemandu perkhidmatan GrabCar dikatakan cedera dipukul ketika mengambil penumpang di LTSIP semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa yang berusia awal 20-an mengalami kecederaan di bahagian hidung setelah berlaku salah faham dengan beberapa orang pemandu teksi LTSIP.

Sementara itu, wakil pemandu perkhidmatan GrabCar, Azizi Ismail,35, berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Tujuan kita datang hari ini adalah berkaitan isu yang terjadi semalam di mana seorang pemandu GrabCar telah dipukul oleh beberapa orang pemandu teksi kerana mengambil penumpang dalam kawasan lapangan terbang.

Malah sebelum ini juga kita telah menerima banyak aduan daripada pemandu GrabCar yang lain berhubung masalah yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada pihak pengurusan MAHB dan berbincang dengan wakil pemandu teksi lapangan terbang di sini hari ini.

Tambahnya, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian berkenaan. 

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 22 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan