Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 2 Oktober 2017

Imigresen Kelantan mahu sita bas ekspres bawa masuk PATI

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan hari ini memberi amaran keras akan menyita kenderaan atau mengenakan kompaun terhadap pengusaha pengangkutan awam yang terlibat membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negeri itu.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya mengesyaki terdapat kalangan pemandu bas bersubahat dengan pihak tertentu menjalankan kegiatan tersebut di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

"Jabatan Imigresen memberi amaran keras kepada pengusaha bas agar memastikan bas serta pemandu tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan kenderaan awam yang terlibat dengan aktiviti salah itu boleh disita atau dikenakan kompaun RM5,000 bagi setiap PATI.

Sehubungan itu, Wan Mohammed meminta pengusaha pengangkutan awam sentiasa memantau pemandu masing-masing daripada melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

Sumber
: Bernama | 1 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan