Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 24 Oktober 2017

Baiki jambatan rosak

Ab. Aziz Yusoff meninjau jambatan konkrit yang mengalami keretakan akibat dilanda banjir di Kampung Batu Enam, Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.

GUA MUSANG: Sebuah jambatan konkrit yang merentasi Sungai Galas di Kampung Batu Enam di sini yang meng­alami keretakan pada strukturya sejak setahun lalu akan dibaiki secepat mungkin untuk keselamatan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk yang menggunakan jambatan tersebut setiap hari merasa bimbang.

Belia bagaimanapun berkata, pihaknya akan merujuk masalah itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Kami menerima aduan daripada penduduk bahawa jamba­tan itu telah retak di permukaan lantai dan bahagian tiang.

“Kita akan meminta pihak JKR untuk membuat siasatan dan kos pembaikan,” katanya selepas meninjau jambatan Kampung Batu Enam di sini, hari ini.

Tambah Ab. Aziz, jambatan itu dikatakan mula retak ketika banjir besar Disember 2014 dan berlarutan sehingga musim tengkujuh akhir tahun lalu.

Katanya, kesan daripada banjir besar itu, empat jambatan gantung lain juga telah runtuh iaitu di Kampung Batu Lima, Bandar Lama, Kampung Baru Hulu dan Kampung Batu Papan.

“Setakat ini dua jambatan gantung baharu sudah dibina, manakala dua lagi belum dapat dibaiki kerana menunggu peruntukan.

“Jambatan gantung itu begitu penting kerana menjadi keper­luan utama pelajar untuk ke sekolah dan penduduk menge­luarkan hasil pertanian mereka,” katanya. 
Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 23 Oktober 2017 | Terbitan 24 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan