Mustapa Mohamed |
Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berharap stigma kononnya rakyat Kelantan dianaktirikan dan dizalimi oleh kerajaan dapat dikikis selepas ini.
Katanya, perkara itu dapat dilihat dalam Bajet 2018 dan bajet-bajet terdahulu di mana Kelantan menjadi antara negeri paling banyak menerima peruntukkan khususnya untuk program pembangunan.
‘‘Bajet tahun ini dilihat yang terbaik dan dalam konteks Kelantan kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang terus memberi perhatian terhadap negeri ini.
‘‘Kelantan menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya, kemudahan di kawasan luar bandar, naik taraf lapangan terbang, tebatan banjir dan pelbagai lagi.
‘‘Bagi rakyat Kelantan, kita bersyukur kerana tidak pernah dalam sejarah negara negeri ini diberi perhatian tertinggi dalam mana-mana bajet. Jadi berhentilah kita mendengar dakyah-dakyah, fitnah bahawa Kelantan didera,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) peringkat negeri Kelantan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1 di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 28 Oktober 2017 | Terbitan 29 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan