Eric Chua menunjukkan kaligrafi
Asma Al Husna yang dihasilkan sempena Pameran Seni Jahitan Kreatif dan Handmade
Market oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) di AEON Mall hari ini.
|
Bunga tersebut dipamerkan sempena Pameran Seni Jahitan Kreatif dan Pasar Kraftangan yang diadakan selama enam hari bermula dengan kerjasama Pusat Latihan Kraftangan Epal.
Lebih istimewa, hiasan bunga fabrik paling banyak di dunia itu turut menghasilkan koleksi Kaligrafi Asma Al Husna yang menjadi sebahagian daripada tarikan pameran berkenaan.
Penyelaras program, Eric Chua, berkata, kaligrafi yang diusahakan selama enam bulan itu telah dihasilkan oleh 1,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk banduan dan juga pertubuhan.
“Sebelum ini, kami menghasilkan beg terbesar menggunakan kain perca dan sofa terpanjang dengan seluar jeans terpakai,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, pameran dijangka dapat menarik lebih 10,000 pengunjung.
Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 24 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan