Datuk Seri Idris Jusoh menandatangani plak sebagai simbolik perasmian bangunan baharu UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh, hari ini. |
Pelancaran BDL tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di UiTM Kelantan, Lembah Sireh, di sini.
Dalam majlis sama, beliau turut merasmikan bangunan baharu UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu.
Idris dalam pada itu berkata, inisiatif UiTM mewujudkan BDL seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi fokus terhadap perkembangan Revolusi Industri 4.0.
“Tahniah kepada UiTM kerana memiliki produk baharu iaitu BDL dan sebuah kampus baharu.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita membangkitkan semula konsep pioneering spirit dalam kalangan warga UiTM, sekaligus mengembalikan kehebatan UiTM,” katanya.
Sumber: Utusan Online | Nasional | 29 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan