Mat Deris Jusoh (dua dari kiri) melawat Pasar raya Koza pada Majlis Perasmian DC Pemborongan dan Peruncitan Pasar Raya berkenaan di Jalan Kuang Hitam, di sini hari ini. |
Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Mat Deris Jusoh berkata, perkara itu sekali gus mewujudkan sistem jaringan pengedaran barang keperluan harian kepada semua koperasi di negeri ini selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
“Ini adalah DC yang pertama di kelantan dan sudah tentu banyak perancangan yang bakal dilakukan termasuk menjadikan koperasi-koperasi sedia ada sebagai sub DC.
“Pembukaan ini juga diharap dapat mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi memandangkan harga barangan yang dijual di sini adalah lebih kompetatif dan setanding dengan yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian DC Pemborongan dan Peruncitan Pasaraya Koza di Jalan Kuang Hitam, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah SKM negeri, Amran Abd. Kadir. Mat Deris dalam pada itu memberitahu, setakat ini sebanyak 13,500 koperasi aktif di seluruh negara dengan 837 daripadany berada di Kelantan.
Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 28 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan