Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek tersebut akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada April tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Katanya, pembinaan tersebut sekali gus bakal menyelamatkan Kampung Laut daripada ditenggelami banjir akibat limpahan air dari Sungai Kelantan pada masa akan datang.
"Walaupun berbentuk dinding, tetapi benteng ini akan diisi dengan pasir dan ia mampu bertahan sehingga beratus-ratus tahun.
"Insya-Allah bila siapnya benteng ini, kita jangkakan Kampung Laut tidak akan lagi ditenggelami banjir pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberikan taklimat mengenai projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11 ) Fasal 1 di Kampung Laut di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha.
Sumber: Utusan Online | Nasional | 18 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan