Hamzah Mohamad (kiri) meluangkan masa melawat gerai pameran sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kelantan di Dataran Air Muleh, Pasir Mas. |
Pengarahnya, Hamzah Mohamad berkata, pemantauan rapi dibuat kerana pertanian di tanah tinggi tersebut menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar di negeri ini.
“Setakat ini sudah ada dua kes melibatkan aktiviti pembakaran di tempat terbuka di tanah tinggi tersebut sudah diambil tindakan oleh JAS.
“Kita akan terus melipat gandakan pemantauan dan operasi bagi memastikan pengusaha tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2017 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Air Muleh, di sini hari ini.
Ibrahim dalam pada itu memberitahu, selain aktiviti pertanian, perlombongan turut menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar di negeri ini.
Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 21 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan