BANDAR RAYA MELAKA: Sejak pagi semalam, anak-anak Kelantan di Batu Berendam bertungkus lumus memasak bubur asyura versi Kelantan yang bahan-bahannya seperti labu, daging, ayam, halia, lengkuas, bawang dan rempah turut didatangkan dari Kelantan.
Kira-kira 100 orang hadir bagi menjayakan 'Majlis Gotong-Royong Bubur Asyura 2017' itu anjuran Persatuan Kebajikan Serambi dengan kerjasama Kelab Media Massa Melaka (KEMM).
Tempoh memasak bubur dikatakan mengambil masa kira-kira tujuh hingga sembilan jam bermula pukul enam pagi yang akhirnya kira-kira 2,000 bekas bubur diedarkan kepada orang ramai termasuk sekolah, masjid dan pusat tahfiz.
"Penganjuran yang memasuki tahun kelima ini bertujuan memberi peluang kepada orang Melaka untuk merasai sendiri keenakan bubur asyura resepi tradisional masyarakat Kelantan yang jauh berbeza daripada segi tekstur dan rasa berbanding bubur asyura di Melaka.
"Peluang sebegini juga amat bermakna bagi kami dalam memperkenalkan kebudayaan dan tradisi kehidupan masyarakat Kelantan yang mana bentuk bubur ini unik kerana ia kelihatan seperti dodol.
"Selain itu kita juga dapat mengubati kerinduan anak Kelantan yang merantau ke sini atas tuntutan kerja selain berhijrah kerana bertemu jodoh dengan masyarakat di sini serta secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan lebih dekat lagi dengan penduduk setempat," kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Serambi, Wan Ahmad Hisyam Wan Yaakop kepada Bernama ketika majlis pengagihan bubur malam tadi.
Penasihat KEMM, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pula berkata penglibatan mereka dalam projek itu adalah untuk mendekatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
"KEMM berbangga untuk menjalin kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Serambi untuk terus melaksanakan aktiviti kebajikan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan.
"Walaupun mereka (anggota persatuan Serambi) merantau, namun mereka tetap ada inisiatif untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Justeru diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara kedua-dua persatuan," katanya.
Seorang pengamal media Nor Shafinaz Sari, 28, melahirkan rasa teruja apabila dapat merasai keenakan bubur asyura Kelantan.
"Bentuknya yang macam dodol membuatkan saya rasa tak sabar nak mencubanya. Setelah mencubanya sendiri buat kali pertama, saya terus jatuh cinta dengan kelazatan bubur ini apabila terasa manis dan rempahnya yang istimewa," kata anak kelahiran Masjid Tanah, Alor Gajah ini.
Sumber: Bernama | 2 Oktober 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan