Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 22 Oktober 2017

Penduduk Dabong sekali lagi melalui pengalaman ngeri

Ramzi Abdul Rahman (tengah) meninjau rumah Nurazlila Zakaria yang rosak akibat dibadai kuat di Dabong, Kuala Krai hari ini.
KUALA KRAI: Selepas melalui pengalaman ngeri pada penghujung 2014, penduduk di Dabong sekali lagi melalui detik yang sama pada petang semalam apabila kawasan tersebut dibadai ribut dan hujan batu.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu telah menyebabkan sebanyak 32 buah rumah rosak dengan bumbungnya diterbangkan ribut serta dihempap pokok tumbang.

Seorang penduduk, Nurazlila Zakaria, 39, berkata, kejadian itu berlaku amat pantas dan tanpa sebarang amaran awal.

“Ketika itu saya sedang berbaring menonton televisyen bersama tiga anak di ruang tamu.

“Tiba-tiba bunyi hujan batu turun dengan lebat dan saya lihat ke atas (bumbung) nampak langit, bumbung rumah saya diterbangkan ribut, saya terus membawa anak-anak menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan atap zink rumahnya diterbangkan angin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman yang melawat mangsa-mangsa tersebut berkata, pihaknya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah meluluskan peruntukkan segera sebanyak RM500 untuk setiap keluarga.

Dalam masa yang sama, rumah-rumah yang rosak akan dibaiki segera oleh Kesedar bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya. 

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 22 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan