Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 25 Oktober 2017

Dua peragut tular di media sosial akhirnya tumpas

Gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang sempat merakam kejadian dua suspek meragut mangsa dalam kejadian
KOTA BHARU: Tindakan dua peragut yang melarikan telefon bimbit seorang wanita dan tular dalam media sosial sejak kelmarin, akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan dalam satu serbuan di kawasan berasingan termasuk di Jalan Atas Paloh dan Kampung Badang di sini pagi tadi.

Dua suspek yang merupakan lelaki Melayu dan seorang warga Kemboja ditahan masing-masing di kediaman mereka di Kampung Atas Paloh dan di Jalan Badang, Pengkalan Chepa di sini.

Suspek pertama ditahan di kediamannya pada jam 4 pagi, manakala seorang lagi ditahan pada jam 4.45 pagi.

Hasil serbuan yang dilakukan di kediaman warga Kemboja yang dikenali sebagai Fais Kemboja, polis turut merampas sehelai baju T berwarna hitam, seluar pendek celoreng, topi bertulis "exo" yang turut dipakai suspek ketika kejadian.

Melalui siasatan juga mendapati suspek positif Methaphitamine dan mempunyai dua rekod lampau di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3)/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dari siasatan awal juga, suspek mengaku telah melakukan samun ke atas seorang perempuan Cina di tepi Jalan Mek Zainab pada 20 Oktober lalu, bersama seorang lagi rakan dikenali dengan nama Ali tinggal di Kampung Kijang Badang.

Hasil maklumat melalui suspek pertama juga polis turut berjaya mengesan suspek kedua yang dikenali sebagai Ali kira-kira jam 4. 45 di kediamannya di Kampung Badang di sini.

Cubaan suspek kedua untuk melarikan diri tidak kesampaian selepas sepasukan anggota memecahkan pintu dan berjaya menahan suspek.

Turut dirampas pakaian termasuk baju T dan seluar selain topi dan motosikal jenis Modenas yang digunakan suspek ketika meragut dan hasil siasatan suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau selain juga positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan untuk tindakan lanjut dan siasatan masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan