Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 5 Ogos 2016

Air Kelantan: Jangan letak syarat ketat

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan diminta tidak meletakkan syarat yang ketat kepada Kerajaan Persekutuan berhubung usaha menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kompromi itu penting untuk kepentingan rakyat yang berdepan masalah itu sejak sekian lama.

"Sekiranya ada perundingan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini, tolong jangan letak syarat yang terlalu ketat kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kita membantu rakyat di Kelantan dalam soal bekalan air bersih ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keselamatan dan Kualiti Makanan 2016 peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Ahmad Jazlan berkata antara syarat yang perlu dilonggarkan ialah kesediaan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan terlibat sama dalam sistem pengurusan selepas permohonan peruntukan diluluskan.

"Kepakaran urus tadbir dalam pengurusan ini penting kerana berniaga macam mana besar sekali pun jika pengurusan tidak betul boleh menyebabkan sesebuah syarikat itu rugi walaupun berbekalkan modal besar," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah antara negeri yang masih jauh ketinggalan dalam perkhidmatan menyediakan air bersih kepada rakyat berbanding negeri lain yang lebih kehadapan.

Katanya kerajaan Pusat memperuntukkan RM240 juta kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) bagi menyediakan bekalan air bersih itu.
 
Sumber: Bernama | 4 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan