Pasangan suami isteri direman tiga hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos untuk siasatan lanjut. |
KUALA KRAI: Gara-gara memanggil anggota trafik yang menyelamatkan kucing awal Julai lalu anjing, sepasang suami isteri ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan ,Zulkarnain Ismail Al Haj,berkata,pasangan suami isteri ditangkap di Jitra, semalam.
"Awal bulan Julai lalu, satu viral telah tersebar di media sosial polis trafik selamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
"Viral ini mendapat komen meluas dan positif daripada masyarakat, bagaimanapun terdapat satu komen negatif mengelar anggota polis sebagai anjing," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.
Zulkarnain berkata berikutan kes ini, seorang pegawai polis membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai kerana merasa terhina dengan komen tersebut.
Menurutnya, kes disiasat di bawah 233 Suruhanjaya Siasatan Multimedia (SKMM) jika sabit kesalahan, boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 16 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan