Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Jabatan Imigresen Malaysia agensi kerajaan pertama beroperasi di UTC Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen Malaysia) menjadi agensi kerajaan pertama yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan sejak 7 Ogos lepas. 

Ia beroperasi di Tingkat 2, UTC Kelantan dengan waktu operasi dari jam 08:30 sehingga jam 21:00, manakala waktu rehat dari jam 19:00 sehingga jam 20:00. 

Segala urusan berkaitan pasport boleh dilakukan di sini berikutan pejabat jabatan ini di Wisma Persekutuan Kota Bharu di Jalan Bayam telah ditutup sepenuhnya. 

Jabatan Imigresen Malaysia yang sudah beroperasi di UTC Kelantan sejak 7 Ogos 2016 yang lepas. 
UTC Kelantan ini terletak di Jalan Hamzah, Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan Kompleks Beli-belah KB Mall dan berdekatan dengan Hotel Tune Kota Bharu.

UTC merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Berikut merupakan agensi-agensi kerajaan yang telah dan akan beroperasi di UTC Kelantan mengikut tingkat:-

Tingkat Bawah: Polis Diraja Malaysia (PDRM) [balai polis].

Tingkat 1: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Klinik 1Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad (PUNB), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan, dan Koperasi (KPDNKK), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 

Tingkat 2: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),  dan Jabatan Imigresen Malaysia, serta agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. 

Tingkat 3:  Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), JobsMalaysia (Pejabat Jabatan Tenaga Kerja), dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Sementera itu, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) dan  surau masing-masing ditempatkan di Tingkat Bawah dan Tingkat 2, manakala gimnasium bina badan (Y-Centre) dan kafeteria di Tingkat 3.

UTC Kelantan ini dibuka setiap hari dari jam 08:30 sehingga jam 22:00 termasuk pada hujung minggu dan hanya ditutup pada cuti-cuti umum utama sahaja.

Sumber: KBBRI | www.kbbri.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan