Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 14 Ogos 2016

Jajahan Kota Bharu catat kes denggi paling tinggi

Zaluzi (hadapan, kanan) membersihkan longkang tempat pembiakan jentik-jentik bersama jawatankuasa dan penuntut IPG Kota Bharu dan KPTM Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU: Lebih 70 peratus kes wabak denggi dikesan di 10 kawasan daerah Kota Bharu, termasuk Pengkalan Chepa, menjadikan daerah berkenaan paling tinggi bagi kes denggi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor), Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Nik Khairol Reza Md Yazin berkata, kira-kira 236 penambahan kes denggi dikenal pasti setiap minggu yang dilaporkan berlaku sejak selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Pembiakan nyamuk di tempat takungan air termasuk dalam longkang yang tersumbat boleh menyebabkan jentik-jentik cepat membiak.

“Kita bimbang dengan peningkatan kes ini dan menerusi gotong-royong, kita dapati punca utama bilangan kes ini disebabkan mentaliti penduduk yang enggan bekerjasama terhadap aktiviti gotong-royong menjaga persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai program gotong-royong (Mass Goro) Parlimen Pengkalan Chepa di Kampung Gertak Sagu, Kemumin, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Timbalan Ketua Umno Bahagian itu, Ismail Omar, Ketua Pemuda Umno bahagiannya, Haris Hussin.

Sementara itu, Zaluzi berkata, setakat ini, sudah 13 siri gotong-royong dijalankan di Parlimen Pengkalan Chepa dan banyak lagi program sama akan diadakan.

200 peserta terlibat termasuk penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu dan Kolej Polytech Mara (KPTM) Kota Bharu serta penduduk sekitar.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 14 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan