Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail (dua kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas ketika serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Bharu. |
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan 119 individu dan merampas dadah bernilai RM50,000 dalam operasi berasingan di Kota Bharu dan Pasir Mas, semalam.
Operasi bermula jam 10 malam hingga 9 pagi itu berjaya menahan suspek berusia antara 16 dan 53 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, anggota serbuan turut menjumpai 68 kelongsong peluru dalam serbuan di Kampung Meranti, Pasir Mas.
"Dalam rumah yang diserbu ada lapan iaitu lima lelaki dan tiga wanita. "Turut dijumpai wang tunai berjumlah RM29,301," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Katanya, dadah yang dirampas termasuk pil kuda, syabu dan estacy.
"Semua yang ditahan dikenakan perintah reman hingga tujuh hari mengikut pelbagai seksyen dadah," katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan