Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 15 Ogos 2016

Jangan terpedaya fahaman jihad IS - Ahmad Yakob


Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan fahaman dibawa kumpulan militan IS, kerana jelas terpesong daripada ajaran Islam. 

Ahmad berkata, pemahaman jihad adalah luas termasuk untuk meningkatkan ekonomi serta pelajaran sebaliknya membunuh adalah tidak termasuk dalam erti jihad yang sebenar. 

"Tidak seharusnya kita terpedaya lebih-lebih lagi di Kelantan kita mempunyai pendidikan yang jelas sama ada peringkat pondok dan institusi pengajian. Malah ramai anak Kelantan yang keluar sebagai mahasiswa. 

"Di Kelantan Insya-Allah kita boleh kawal dan kita yakin bahawa maksud perjuangan Islam adalah tidak bunuh orang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Saidatina Khadijah di sini, hari ini. 

Ahmad berkata, berhubung isu IS, semua pihak mengambil pendekatan untuk mengawal kemaraan kumpulan militan itu kerana ia membabitkan keselamatan negara. 

"Kita sering mengadakan perbincangan dengan ketua polis daerah bagi mengetahui perkembangan berhubung isu berkenaan. 

Bagi mereka yang dikenal pasti melindungi kumpulan militan IS, tindakan tegas perlu dikenakan.

"Sepatutnya tidak ada yang melindungi sebab perkara ini tidak disukai orang ramai dan bercanggah dengan amalan Islam," katanya.

Sumber: Berita Harian | Timur | 14 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan