Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 10 Ogos 2016

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat siap 2019


KLANG: Projek infrastruktur mega, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233 kilo­meter (km) dari Banting ke Taiping kini siap 23 peratus.

Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn. Bhd., Datuk Neoh Soon Hiong berkata, berdasarkan perancangan, pembinaan lebuh raya berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2019 seperti dijadualkan.

“Pembinaan sebanyak 11 pakej telah bermula sejak 2014 lagi dan kini kita sedang memasuki pakej kelima di negeri ini manakala pakej lapan sehingga 11 di Perak dijangka siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Syarikat berpuas hati dengan perkembangan baik pembinaan lebuh raya ini dan apabila pakej-pakej secara berperingkat siap sepenuhnya, kita akan mula buka untuk kutipan tol,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Mega Tool Box Talk bagi pakej tiga, empat dan lima di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Mohd. Zaid Zakaria.

Menurut Soon Hiong, projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM6 bilion termasuk RM5.04 bilion untuk kos pembinaan.

Dalam majlis itu juga, kontraktor bagi pakej empat, IJM Construction Sdn. Bhd. menerima sijil penghargaan kerana mencapai taraf lima bintang mengikut sistem penilaian keselamatan dan kesihatan di dalam pembinaan (SHASSIC) bagi pengurusan serta pengendalian pembinaan lebuh raya tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia | Korporat | 9 Ogos 2016 | Terbitan 10 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan