Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 19 Ogos 2016

IADA bimbang kawasan padi kian mengecil


Mohamed Kaberi (depan) melihat hasil padi peserta KPA Gong Kulim yang sedia untuk dituai
PASIR PUTEH: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak bimbang dengan saiz kawasan penanaman padi yang semakin mengecil. 

Sehubungan itu, IADA berusaha mengenal pasti tanah terbiar di seluruh negeri yang boleh dibangunkan dengan projek penanaman padi bagi menampung permintaan beras negara. 

Pengarahnya, Mohamed Kaberi Ghani, berkata keluasan sekarang adalah 5,000 hektar berbanding keluasan asal 6,000 hektar yang merangkumi Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu. 

Beliau berkata, ia kerana sebahagian kawasan sawah dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan tujuan lain. "Kawasan hutan gelam yang terbiar masih luas di kawasan kita. 

Ini yang perlu dibuat kajian kerana tahap kemasaman sebahagian daripada kawasan itu terlalu tinggi untuk dipulihkan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Penuaian Padi Gong Kulim di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Ketua Kumpulan Pengguna Air (KPA) Bendang Gong Kulim, Yusof Hamat dan Pegawai Eksekutif Clearfield, Ferooz Fahmy Aziz. KPA Gong Kulim merangkumi sawah seluas hampir 130 hektar iaitu Bendang Tok Layat Hilir, Gong Layat Tengah dan Gong Lesung yang diusahakan 80 peserta.

Sumber: Berita Harian | Timur | 18 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan