Nik
Azlan Abd. Hadi (kiri) meraikan tetamu dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri
Maik di Kota Bharu, kelmarin.
|
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan kira-kira RM6 juta setahun bagi membina rumah untuk golongan asnaf di negeri ini.
Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Azlan Abd. Hadi berkata, peruntukan tersebut adalah bagi membina 150 buah rumah bernilai RM40,000 setiap unit.
Katanya, kriteria pemilihan mereka yang layak menerima rumah tersebut ditentukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh daerah.
“Kita akan meneliti senarai penerima yang diberikan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan sebelum menentukan siapa yang layak menerima bantuan tersebut
“Sejak tahun 2004, kita telah membina lebih 1,000 buah rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Maik di sini semalam.
Tambahnya, pembinaan rumah tersebut juga bergantung kepada keperluan di mana pihaknya akan melihat sekiranya terdapat mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Saya harap dapat meringankan beban golongan tersebut. Kita akan sentiasa membantu mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk bantuan rumah atau pelbagai lagi,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 4 Ogos 2016 | Terbitan 5 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan